Saturday, July 26, 2008

Wahai teman-teman Melayuku yang kusanjungi, pernahkah anda fikirkan tentang kemeriahannya bermain permainan tradisional? Pernahkah anda tanya kepada diri anda mengapakah remaja generasi kini kurang mengambil tahu tentang permainan nenek moyang kita? Adakah kerana ia kurang menarik seperti satu ketika dahulu? Mungkinkah ia kerana kecanggihan teknologi yang ada pada zaman kini sehinggakan remaja sanggup mengorban masa untuk permainan ataupun perkara yang tidak bermoral? Adakah itu sebabnya ia kurang diperlihat dimain oleh remaja generasi kini?

Mungkin masih ada juga segelintir kaum Melayu yang masih mengekalkan permainan nenek moyang kita tetapi, mengapakah hanya segelintir? Apakah yang akan terjadi kepada bilangan besar yang lain? Adakah generasi yang akan datang ini tidak akan dapat tahu tentang sejarah Melayu ataupun tentang permainan tradisional kita? Apakah yang akan dijawab jikalau bangsa lain menanyakan tentang permainan tradisional kami?

Fikirkan.
Fikirkanlah wahai temanku akan perkara yang dibentangkan sebentar tadi.
Fikirlah dengan mendalam.

Kami telah mengorbankan sedikit masa kami untuk menerokah akan keindahan tempat Melayu kita iaitu di Kampung Glam dan Taman Warisan. Lihatlah sedikit gambar di bawah perenggan ini. Jiwailah gambar-gambar ini.


Perjalanan kami bermula.



Terukir rasa ghairah di hati.


Kemeriahan.


natasha fazlinda

Thursday, July 24, 2008

Amboi-amboi!

Sungguh menggembirakan jikalau mendapat peluang untuk bermain gasing bersama kawan-kawan apatah lagi kawan yang berlainan bangsa. Kami berharap permainan yang menguji kelebihan ini dapat dikekalkan buat selama-lamanya. Mari kami bercerita sedikit tentang sejarah gasing.

Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Sebegitu, sesiapa yang mahu mengikut pertandingan gasing haruslah berlatih nersungguh-sungguh bak pepatah " usaha tangga kejayaan ".

Menurut kajian uang kami kaji, terdapat juga permainan yanghampir serupa dengan gasing yang dibuat di Jepun. Ia dinamakan " beyblade " atau nama jepunnya, Beiburedo. Apa yang mengkagumi kami adalah ia juga berdasarkan tempoh masa "beyblade"tersebut mampu berputar atau menghentikan "beyblade" yang lain. Menarik sungguh kecanggihan teknologi zaman sekarang!


Gasing. Beyblade.



Seperti yang sudah diketahui, gasing adalah permainan tradisional melayu. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna bangsa-bangsa lain tidak boleh bermain gasing. Terdapat juga bangsa-bangsa lain yang gemar bermain permainan tradisional melayu. Ini membuktikan bahawa permainan tradisional melayu bukan sahaja terkenal di kalangan bangsa melayu tetapi juga di kalangan bangsa-bangsa lain. Dengan cara ini, ia boleh mengeratkan perhubungan antara bangsa-bangsa di Singapura ini. Contohnya di kalangan pelajar-pelajar yang terbilang daripada bermacam-macam bangsa. Ketika pelajar daripada bangsa lain melihat pelajar-pelajar melayu bermain gasing, kemungkinan besar pelajar itu akan tertarik dengan permainanan yang tidak pernah dilihat dan dimain. Oleh kerana ini, mereka akan lebih cenderung untuk mengetahui lebih mendalam tentang permainan ini dan memahami akan budaya melayu kita ini. Sekaligus, ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara kaum-kaum di Singapura dan tentunya membuat Singapura sebuah negara yang harmoni.





Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah-langkah yang ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:
1) Melilit tali
2) Melilit gasing
3) Memusing gasing
4) Memangkah gasing
5) Mengangkat gasing

1) Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya. Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.

2) Melilit Gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing. Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

3) Memusing Gasing

Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat. Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.

4) Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

*Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

*Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

*Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

*Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

5) Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.


natasha fazlinda

Wednesday, July 23, 2008

Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat melayu. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan , mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai. Ia berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing.
Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusingannya tidak akan tahan lama.
Selain itu, seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.

natasha fazlinda

Tuesday, July 15, 2008

Kian ini, terdapat banyak sekali permainan moden yang menarik perhatian orang ramai terutama sekali remaja-remaja. Jika ini berlanjutan, ia boleh mengakibatkan permainan-permainan tradisional pupus. Oleh kerana ini, kita harus mengambil tindakan yang bernas supaya permainan tradisional seperti congkak boleh kekal hingga ke generasi yang akan datang.

Salah satu cara adalah untuk membuat filem tentang permainan tradisional. Bukan sahaja ia menghibur penonton tetapi sedikit sebanyak mengingatkan mereka tentang permainan tradisional yang telah diendahkan oleh generasi hari ini. Contohnya filem 'CONGKAK' yang telah mendapat sambutan yang amat mengalu-alukan. Dengan menonton filem ini, kita juga boleh mendapat tahu akan asal usul permainan congkak ini.

Terdapat juga cara lain untuk mengekalkan permainan tradisional. Sekolah juga dapat memainkan peranan mereka. Guru-guru boleh menggunakan masa selepas tamatnya peperiksaan untuk membenarkan murid-murid bermain permainan tradisional. Dengan ini, mereka dapat ketahui cara bermain permainan tradisional sekaligus mendapat keseronokan terutama sekali jika bermain bersama rakan-rakan mereka. Bukan sahaja mereka mendapat menghiburkan diri tetapi tanpa disedari mereka telah mengekalkan budaya melayu kita yang agak tidak dipedulikan lagi kian ini. Jikalau anak melayu kita sendiri tidak mahir dalam permainan tradisional melayu, siapa lagi yang dapat mengekalkan budaya kita ini. Dengan ini, saya ingin mengakhiri perbincangan kita dengan sebuah pantun.
Selamat membaca!
:D



Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa melayu menjaga bahasa
Lengkap dengan sopan adatnya

Permainan tradisional harus dikekalkan
Jikalau tidak binasalah budaya kita
Siapa lagi yang boleh diharapkan
Selain anak melayu kita


natasha fazlinda

Saturday, July 12, 2008

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai
warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka. Pada zaman dahulu,
golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Di bawah tulisan ini terdapat beberapa gambar yang kami petik ketika bermain congkak pada masa lapang. Bermain congkak dapat menghilangkan kebosanan kami dan mencerdaskan otak. Amat riuh rendah apatah lagi bermain dengan teman karib!




natasha fazlinda

Kami♥
hi-bu-ran♥


teman♥

Dhaimirah, Hisyam
Atikah(s)
Asriani, Taqiuddin
Haziq, Raimi
Irwan, Naim
Nazira, Fatin m3
Radiyah, Sharitta
Hafizah, Saliha
Fatin m2, Hajarah
Shufiah, Solha
Azizi, Syabrin
Alim, Ridzwan
Nazifi, Khazin
Ain, Afira
Zawani, Suzliyanee
Lubna, Faezah

kamu dan saya♥




archive♥
Temanku.
Amboi-amboi! Sungguh menggembirakan jikalau mendap...
Pelbagai Kaum
Cara Bermain Gasing
Permainan Gasing
Cara mengekalkan permainan tradisional
=D
Ini adalah salah satu rakaman yang telah kami raka...
Peraturannya.
CONGKAK


July 2008